Notis Privasi

Notis Privasi ini telah disediakan untuk memberitahu anda bagaimana Universiti Multimedia (“Universiti”) memproses maklumat anda termasuk data peribadi apabila anda berinteraksi dan/atau berurusan dengan kami sama ada melalui laman web ini atau melalui medium, bentuk, kaedah atau cara lain bagi tujuan pendaftaran dan/atau sebarang langganan produk dan perkhidmatan Universiti dan/atau Kumpulan kami untuk perkhidmatan yang lebih baik dan/atau memperkayakan pengalaman anda dengan produk dan perkhidmatan kami. Oleh itu, kami mengambil serius tanggungjawab kami di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (“PDPA”) secara serius kerana kami menyedari betapa pentingnya data peribadi yang telah anda berikan kepada kami.

“Kumpulan” bermaksud Universiti dan kumpulan syarikat Telekom Malaysia Berhad (“TM”).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PDPA, anda boleh melayarilaman web Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia di www.pdp.gov.my

Sehubungan dengan itu, kami mengesyorkan supaya anda membaca Notis Privasi kami dengan teliti. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini atau mempunyai pertanyaan lain berkaitan dengan cara kami memproses data peribadi anda, anda boleh menghubungi pegawai kami Ms. Kavita Gopala Krishnan melalui e-mel di ccu@mmu.edu.mymmu.edu.my atau hubungi talian 1 300 800 668.

APA YANG KAMI KUMPUL

Kami mengumpul maklumat dengan cara berikut:

Jika anda memilih untuk berinteraksi dan/atau berurusan dengan kami sama ada melalui laman web ini atau dalam mana-mana medium, bentuk, kaedah atau cara lain untuk pendaftaran dan/atau sebarang langganan produk dan perkhidmatan Universiti dan Kumpulan kami untuk perkhidmatan yang lebih baik dan/atau peningkatan dan/atau memperkayakan pengalaman anda dengan produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin atau akan diminta memberikan data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, kad pengenalan, nombor pasport, pekerjaan, umur, tempat lahir, alamat surat, gambar, imej video, nombor telefon, alamat e-mel atau pilihan cara perhubungan/komunikasi.

Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan laman web kami untuk tujuan membuat transaksi pembayaran atas talian untuk produk dan perkhidmatan kami, maklumat kad kredit/debit anda juga akan dikumpulkan untuk tujuan memproses pembayaran tersebut. Senarai urus niaga adalah tidak muktamad dan maklumat yang diberikan kepada atau diperoleh oleh kami melalui urus niaga tersebut secara kolektifnya dikenali sebagai “data peribadi”.

APA YANG KAMI KONGSI

Kami tidak berkongsi data peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar Kumpulan kami kecuali untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.

Kami akan memproses data peribadi anda yang diberikan kepada kami dan/atau apa-apa maklumat yang mungkin diperlukan oleh Universiti sama ada dari anda atau dari mana-mana pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada institusi pendidikan dan bukan pendidikan dan agensi dari semasa ke semasa.

Dengan memberikan data peribadi anda dan/atau sebarang maklumat lain kepada kami, anda telah bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada Universiti (dan Kumpulan kami) untuk mendapatkan dan mengesahkan data peribadi anda yang diperlukan oleh Universiti berkaitan dengan interaksi anda dan/atau urus niaga dengan kami, Kumpulan kami dan mana-mana pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada institusi pendidikan atau bukan pendidikan atau entiti lain.

Bergantung kepada hubungan anda dengan kami (misalnya sebagai pemohon, pelajar, alumni, penderma, vendor, penyedia perkhidmatan atau orang lain yang berkaitan dengan Kumpulan kami), data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda boleh dikumpulkan, digunakan dan/atau didedahkan untuk tujuan berikut:

Bakal Pelajar dan Pelajar

menilai permohonan anda atau menyediakan produk dan perkhidmatan secara berterusan oleh Universiti (dan/atau Kumpulan kami);
mentadbir dan menguruskan hubungan anda sebagai pelajar kami, termasuk perkara mengenai pencalonan, program pertukaran, biasiswa, anugerah, yuran, pencapaian anda, ijazah atau pensijilan, penempatan, penukaran sementara/pemindahan pegawai pegawai (secondments) atau latihan dengan organisasi luaran, program atau kursus yang dijalankan oleh organisasi lain;
menjalankan uji tuntas atau aktiviti pemeriksaan lain (termasuk pemeriksaan latar belakang) berdasarkan lunas perundangan atau pematuhan peraturan-peraturan atau prosedur pengurusan risiko yang dituntut oleh undang-undang atau ditetapkan oleh Universiti, termasuk mendapatkan rujukan dan/atau maklumat lain dari institusi pendidikan sebelum ini;
pemprosesan permohonan visa, biasiswa dan/atau bantuan kewangan, dan/atau sokongan penyelidikan dan/atau mentadbir dan mengurus program biasiswa / bantuan kewangan / geran dan program sokongan lain, termasuk penggunaan data peribadi untuk pembangunan dan aktiviti pengumpulan dana dan pendedahan data peribadi kepada penderma, pemberi/pembiaya geran, penilai luaran dan/atau organisasi luar untuk tujuan laporan berkala, jemputan acara, kajian dan/atau publisiti program Universiti;berurusan dengan aktiviti pelajar seperti sambutan perayaan, majlis konvokesyen, orientasi dan kem kumpulan pelajar, persidangan, program, aktiviti-aktiviti berfaedah yang mungkin disediakan oleh Universiti untuk memperkayakan kehidupan anda sebagai pelajar kami, mewujudkan peluang rangkaian untuk anda, memupuk semangat berkomuniti, menggalakkan pembangunan pelajar secara holistik di dalam dan di luar bilik kuliah dan untuk membantu anda dalam persediaan dan perancangan kehidupan anda selepas tamat pengajian;
memproses dan mentadbir permohonan untuk program pertukaran pelajar ke luar negara, latihan industri luar negara dan aktiviti luar negara lain dan mentadbir program tersebut termasuk pendedahan maklumat kepada universiti di luar negara, serta organisasi yang merekrut pekerja dan memberi latihan. ;

Alumni

mengekalkan hubungan sepanjang hayat dengan alumni Universiti;
untuk memberi maklumat kepada anda mengenai Pusat Alumni Universiti;
mewujudkan kesedaran dan mempromosikan hubungan sesama alumni-alumni; termasuk memaklumkan kepada anda tentang promosi, faedah dan perkhidmatan yang tersedia kepada alumni, dan menganjurkan, memudahkan dan memaklumkan kepada anda tentang acara alumni dan program, kursus atau aktiviti lain, dan menyediakan anda penerbitan Universiti untuk alumni Universiti;
belajar termasuk untuk penyelidikan dan analisis, dan untuk menjalankan statistik mengenai profil komuniti alumni Universiti untuk tujuan pembuatan dan perancangan dasar Universiti;
untuk memudahkan perhubungan di kalangan peserta program apabila anda memilih untuk menyertai program seperti acara, kelab, atau usaha sukarelawan yang dianjurkan oleh Universiti yang terbuka kepada masyarakat umum;
melibatkan alumni Universiti untuk memberikan perkhidmatan sukarela kepada pembangunan dan inisiatif pembangunan atau projek Universiti sebagai tindakan terima kasih kepada alma mater mereka;

Calon Pekerja dan Pekerja

menilai permohonan anda untuk menjadi pekerja kami;
operasi sumber manusia am dan mematuhi keperluan sumber manusia;
menjalankan usaha wajar atau aktiviti pemeriksaan lain (termasuk pemeriksaan latar belakang) mengikut kewajipan undang-undang atau pengawalseliaan atau prosedur pengurusan risiko yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang atau ditetapkan oleh Universiti, termasuk memperoleh rujukan dan/atau maklumat lain dari pekerjaan terdahulu;
mentadbir dan menguruskan hubungan anda sebagai pekerja kami, termasuk tugasan atau perpindahan kepada Kumpulan kami dan peminjaman dengan organisasi pihak ketiga;
memantau dan menilai prestasi anda;
menguruskan dan/atau mentadbir manfaat pekerjaan dan program kebajikan pekerja lain dan/atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Polisi Bahagian Modal Insan Universiti;
memberi maklum balas kepada pertanyaan anda;
berkomunikasi dengan anda berkaitan dengan pengurusan sumber manusia;
siasatan aduan;
analisis statistik; dan
tujuan lain, jika ada.

Umum

melaksanakan arahan anda atau memberi maklum balas kepada mana-mana pertanyaan anda;
menyesuaikan iklan dan kandungan di laman web Universiti dan Kumpulan kami;
tujuan penyelidikan termasuk tujuan sejarah dan statistik;
operasi am, penyelenggaraan dan audit produk dan perkhidmatan yang disediakan termasuk laman web yang berkaitan;
memadankan sebarang data yang berkaitan dengan anda yang disimpan oleh Universiti, Kumpulan kami dan Pihak Ketiga yang Dibenarkan dari semasa ke semasa;
menghubungi anda atau berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai medium komunikasi seperti panggilan suara, mesej teks atau mesej faks, e-mel atau pos untuk tujuan mentadbir dan mengurus hubungan anda dengan kami;
berurusan dengan, mentadbir dan/atau menguruskan penggunaan kemudahan Universiti termasuk keperluan penginapan anda, penyediaan perkhidmatan IT, operasi am dan penyelenggaraan perkhidmatan yang disediakan di sini termasuk laman web yang berkaitan;
untuk tujuan pengesahan dan memberi anda komunikasi berterusan dari Universiti (dan Kumpulan kami) yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan;
penyiasatan terhadap kemungkinan berlakunya kes penipuan, salah laku, tindakan menyalahi undang-undang atau pengabaian, aduan, urus niaga yang disyaki mencurigakan dan penyelidikan untuk penambahbaikan perkhidmatan
memberi maklum balas terhadap apa-apa permintaan atau arahan mana-mana pihak berkuasa kerajaan; atau memberi maklum balas kepada permintaan maklumat dari hospital, kedutaan, agensi awam, kementerian, lembaga berkanun atau pihak berkuasa yang berkaitan;
mengambil gambar dan/atau video (sama ada oleh kakitangan Universiti atau jurugambar pihak ketiga dan/atau videografer) semasa acara atau seminar yang dianjurkan oleh Universiti atau Kumpulan kami untuk tujuan publisiti;
menyediakan maklumat pemasaran, pengiklanan dan promosi melalui mel pos, mel elektronik, SMS atau MMS, faks dan/atau panggilan suara;
menjalankan penyelidikan pasaran dan menggunakan analisis sedemikian untuk Universiti dan rancangan perniagaan Kumpulan kami, peningkatan produk dan/atau perkhidmatan kami, iklan sasaran dan menyampaikan maklumat yang tidak didedahkan tersebut dalam terma agregat yang luas kepada Kumpulan, Pihak Ketiga yang Dibenarkan dan/atau pihak ketiga yang mempunyai atau berpotensi untuk menjalankan urusan perniagaan dengan Universiti;
mentadbir penyertaan anda dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti atau mana-mana Kumpulan kami;
sebarang tujuan lain yang mungkin diberitahu oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.
“Pihak Ketiga yang Dibenarkan” bermaksud rakan niaga, kontraktor, ejen, juruaudit, penasihat, penyedia perkhidmatan dan pendidikan yang berkaitan yang mana kami mempunyai urusan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami, laman web kami dan/atau penyedia pihak ketiga yang terlibat dengan kami dari semasa ke semasa untuk tujuan memberikan maklumat yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami di laman web atau sebaliknya atau mana-mana pihak yang dilantik oleh kami untuk melakukan aktiviti pemprosesan data atau menjalankan aktiviti pemasaran untuk Universiti dan/atau Kumpulan kami.

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Universiti boleh mendedahkan data peribadi anda kepada:

kumpulan atau ejen kami yang terlibat dalam penyediaan produk dan perkhidmatan kami;
pihak ketiga (termasuk pihak luar negara) yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data;
mana-mana agensi rujukan kredit atau, sekiranya berlaku sebarang kegagalan/kelalaian, mana-mana agensi pengutipan hutang;
mana-mana orang, yang berada di bawah tanggungjawab kerahsiaan yang telah menyimpan data sedemikian secara rahsia, yang telah dilantik oleh Universiti untuk memenuhi kewajipannya kepada anda;
alumni Universiti;
Yayasan Universiti Multimedia;
mana-mana pihak yang berhak atau pencadang untuk penerima serah hak, transferee, peserta atau sub-peserta bagi Universiti dan perniagaannya;
mana-mana institusi pendidikan, badan penajaan dan syarikat latihan industri untuk pengesahan atau tujuan berkaitan pendidikan lain.
Universiti juga boleh mendedahkan data peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan niat baik, jika tindakan itu perlu untuk (i) mematuhi mana-mana keperluan agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang atau; (ii) melindungi dan mempertahankan hak atau harta Universiti dan Kumpulan kami.

BAGAIMANA KAMI BERURUSAN DENGAN PERMINTAAN UNTUK AKSES, PEMBETULAN DAN/ATAU PENARIKBALIKAN PERSETUJUAN DATA PERIBADI

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau meminta akses atau pembetulan data peribadi dalam simpanan kami atau menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau penzahiran data peribadi anda, atau jika anda memilih untuk menghadkan hak Universiti dan Kumpulan kami untuk memproses data peribadi, anda boleh melakukannya dengan mengemukakan permintaan anda melalui kaedah berikut:

Untuk permintaan:

menarik balik persetujuan – kami akan memproses permintaan anda dalam masa yang munasabah dari permintaan tersebut dibuat. Permintaan untuk menarik balik persetujuan boleh menjejaskan hubungan anda dengan Universiti dan Kumpulan kami;
mengakses data peribadi, kami akan menyediakan anda dengan data peribadi yang relevan dalam masa yang munasabah dari permintaan yang dibuat;
membetulkan data peribadi, kami akan memproses permintaan anda, termasuk menjalankan aktiviti pengesahan yang diperlukan, secepat yang dapat dilaksanakan selepas permintaan dibuat. Kami akan menghantar data peribadi yang diperbetulkan kepada setiap organisasi lain yang mana data peribadi telah didedahkan oleh MMU dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh pembetulan dibuat, melainkan bahawa organisasi lain tidak memerlukan data peribadi yang diperbetulkan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan, atau sekiranya anda bersetuju, hanya kepada organisasi khusus yang mana data peribadi telah didedahkan oleh kami dalam tempoh setahun sebelum tarikh pembetulan dibuat. Sebarang permintaan akses kepada maklumat peribadi yang betul mungkin tertakluk kepada bayaran dan juga peruntukan yang berkaitan dalam PDPA. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, ini tidak termasuk pemprosesan maklumat peribadi wajib.

BAGAIMANA KAMI MENTADBIR DAN MENGURUS DATA PERIBADI

Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi anda tepat, lengkap dan dikemas kini.

Kami menggunakan langkah-langkah teknikal dan fizikal seperti menggunakan teknologi terkemuka termasuk protokol Secure Socket Layer (SSL) / Transport Layer Security (TLS) untuk penggunaan laman web kami berhubung dengan sebarang penghantaran maklumat peribadi daripada anda kepada kami melalui laman web kami.

Kami juga menggunakan kata laluan penyulitan (encryption) untuk menghalang penyerang dengan akses boleh-baca daripada peningkatan ke tahap kuasa yang lebih tinggi. Kata laluan yang disulitkan telah dibaca tidak boleh dibaca melalui proses yang menggunakan data rahsia tambahan (kunci). Piawaian keselamatan dikekalkan untuk mengelakkan akses, pendedahan, pengubahan dan kemusnahan yang tidak dibenarkan. Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi anda disimpan dan dijamin selamat bersesuaian dengan teknologi keselamatan lain yang berkaitan.

Kami juga akan bertindak dengan sewajarnya untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai dan langkah pencegahan untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi dan dijamin dengan sewajarnya. Langkah-langkah keselamatan yang sesuai akan diambil untuk mengelakkan sebarang capaian, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyalinan, pengubahsuaian, kebocoran, kehilangan, kerosakan dan/atau pengubahan data peribadi anda yang tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan data peribadi anda oleh pihak ketiga yang disebabkan sepenuhnya oleh faktor-faktor di luar kawalan kami.

Kami juga akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami dimusnahkan dan/atau ditanpa nama kan apabila kami dapat mengandaikan bahawa (i) tujuan yang mana data peribadi itu dikumpulkan tidak lagi diperlukan melalui pengekalan data peribadi tersebut; dan (ii) pengekalan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan yang lain.

BILAKAH NOTIS PRIVASI INI DIGUNA PAKAI

Notis Privasi kami digunakan untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Universiti dan Kumpulan kami tetapi tidak termasuk perkhidmatan yang mempunyai dasar privasi berasingan yang tidak memasukkan Notis Privasi ini. Notis Privasi kami tidak digunakan untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat atau individu lain, termasuk produk atau laman web yang mungkin dipaparkan kepada anda dalam hasil carian, laman web yang mungkin termasuk perkhidmatan kami, atau laman web lain yang dipautkan dari perkhidmatan kami. Notis Privasi kami tidak meliputi amalan maklumat syarikat dan organisasi lain yang mengiklankan perkhidmatan kami, yang mungkin menggunakan cookies, tag pixel dan teknologi lain yang menawarkan iklan yang berkaitan.

BAGAIMANA KAMI MENYIMPAN DATA PERIBADI

Maklumat peribadi anda dan maklumat lain yang berkaitan akan disimpan oleh kami hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kami. Sekiranya tempoh pengekalan selanjutnya diperlukan, kami akan mendapatkan persetujuan lanjut daripada anda, melainkan jika pengekalan lanjutan ini dibenarkan oleh undang-undang.

PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI KAMI

Notis Privasi kami mungkin berubah dari semasa ke semasa tertakluk kepada perubahan dalam undang-undang, perubahan dalam amalan, prosedur dan struktur perniagaan kami, dan perubahan jangkaan komuniti terhadap Notis Privasi ini.

Meskipun secara amnya, kami tidak dapat memaklumkan kepada anda tentang perubahan notis privasi ini, versi terkini Notis Privasi boleh didapati di laman web MMU atau anda boleh menghubungi pegawai kami Ms. Kavita Gopala Krishnan melalui e-mel di ccu@mmu.edu.mymmu.edu.my atau hubungi talian 1 300 800 668 untuk mendapatkan versi terkini Notis Privasi pada bila-bila masa.

Terakhir dikemaskini pada: 20 November 2017